Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen Kembali Dengan Wajah Baharu

45c8b56209ea2e558218aae352a321a867b68278207d5 Kredit: Gentle Supreme Sdn Bhd 1decd379e4ef1ab2a3cc655d8ae23f9567b6831aa3813 Kredit: Gentle Supreme Sdn Bhd 6285ee432b3fcf2a7d9bae5b647987ed67b6837ba9f81 Kredit: Gentle Supreme Sdn Bhd

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Iteenews) — Pencinta mi di Malaysia kini bolehbersiap sedia! Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen bakal kembalidengan wajahbaharu menampilkanbahan-bahan premium dan cita rasa Korea yang autentik.

Kali ini,mi berkenaandiadun menggunakan tepung gandum premium dari Australia dan Kanada, menghasilkan tekstur yang lebih tebal serta kenyal selain direka untuk menyerap sos pedas pekat dengan sempurna sekali gusmemberi pilihan tahap kepedasan mengikut cita rasa rakyat Malaysia.

Pengurus Negara Gentle Supreme Sdn Bhd (Gentle Supreme) Ng Hock Guan berkata pelancaran semula Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen merupakan satu usaha untuk memperkenalkanpengaruh budaya Korea yang semakin popular di negara ini

“Rangkaian Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen sememangnya mempunyai keaslian dari segi rasa dan kini rakyat Malaysia boleh menikmatinya. Produk ini adalah cara kami meraikan rakyat Malaysia dengan memberikan rasa autentik Korea, yang diadun mengikut kesesuaian cita rasa tempatan penduduk Asia.

“Kami bukan sekadar menyajikan mi; kami membawa sebahagian daripada Korea ke dalam setiap isi rumah. Pelancaran ini membuktikan komitmen kami terhadap inovasi dan kualiti, dengan menggunakan bahan-bahan premium bagi memenuhi standard global,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Gentle Supreme dalam kenyataan yang sama berkata pihaknya turut melantik pelakon sensasi K-Drama terkenal Ahn Hyo Seop sebagai Duta Baharu Mi Sedaap yang muncul dalam iklan televisyen bagi memperkenalkan rasa Korean Spicy Chicken Ramen.

Sebagai tanda penghargaan dan meraikan pelancaran Mi Sedaap, syarikat itu juga mengumumkan untuk mengagih-agihkan sejuta mi cawan secara percuma di seluruh Malaysia melalui trak bergerak dan mesin layan diri yang bermula di kawasan Lembah Klang.

“Bermula dengan 10 mesin layan diri di Lembah Klang, terdapat juga rancangan untuk menambah 20 buah lagi mesin layan diri sehingga hujung tahun ini. Baik di universiti, mahupun di pejabat, cita rasa Korea kini semakin dekat dengan anda!

“Peminat mi juga boleh mendapatkan pek promosi eksklusif 5+1 di kedai-kedaiterpilih di seluruh negara,” katanya sambil menambah acara pelancaranMi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen telah berlangsung selama enam hari di Sunway Pyramid pada 11 Februari lalu.