Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Iteenews) — Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) menggesa pemegang polisi insurans yang terkesan supaya tidak menamatkan polisi masing-masing susulan pelarasan premium selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan langkah sementara untuk mengawal premium insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).
Pada 20 Dis, BNM mengumumkan langkah interim untuk membantu pemegang polisi yang terkesan berikutansemakan premium MHIT dan menekankan kepentingan untuk mengekalkan kestabilan kewangan dan perlindungan insurans.
Presiden MFPC Andy Ng Yen Heng berkata pemegang polisi perlu memanfaatkan sepenuhnya langkah itu dan mengutamakan pengekalan perlindungan insurans masing-masing.
Beliau berkata perlindungan insurans adalah asas perancangan kewangan.
“Kehilangan perlindungan boleh menyebabkan individu rentan dari segi kewangan ketika keadaan luar jangka, dan penjagaan kesihatan awam, walaupun menjadi alternatif, boleh memberikan cabaran seperti masa menunggu yang lebih lama atau akses terhad kepada rawatan pilihan,” katanya kepada Iteenews baru-baru ini.
Langkah interim itu termasuk melaksanakan perubahan premium yang diagihkan bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun, menangguhkan pelarasan premium bagi warga emas, menyambung semula polisi yang telah luput tanpa pengunderaitan tambahan serta menyediakan produk alternatif pada premium yang sama atau lebih rendah, katanya.
Nasihat Praktikal kepada Pemegang Polisi