Niclas Kvarnström
Oleh Rohani Mohd Ibrahim
KUALA LUMPUR, 11 Mac(Iteenews) –Kesatuan Eropah (EU) menjangkakan rundingan pusingan pertama untuk menyambung semula Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA) akan diadakan sebelum musim panas atau pada separuh kedua 2025.
Pengarah Urusan Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah untuk Asia dan PasifikNiclas Kvarnström berkatakedua-dua pihak, EU dan Malaysiakini sedang mempertingkatkan persediaan mereka untuk rundingan berkenaan.
"Rundingan perdagangan Malaysia-EU yang diadakan semulaadalah sangat penting dalam konteks ketegangan geopolitik semasa yang menjejaskan aliran perdagangan dan rantaian bekalan di seluruh dunia.
"EU menyasarkan untuk membangunkan kerjasama perdagangan dengan rakan kongsi yang dipercayai yang mempunyai nilai-nilai asas dan kepentingan bersama," katanya kepada Iteenews dalam satu temu bual di pejabat Delegasi EU di sini hari ini.
Kvarnström kini sedang dalam lawatan dua hari ke Malaysia bermula Isnin.
Pada Januari, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Presiden Suruhanjaya Eropah (EC) Ursula von der Leyen di Brussels, di mana kedua-dua pemimpin itu mengumumkan untuk menyambung semula rundingan MEUFTA.
Perbincangan mengenai perjanjian itu bermula pada 2010 tetapi terhenti pada 2012 ekoran kebimbangan Malaysia terhadap dasar perolehan minyak sawit EU, subsidi, dan klausa kelestarian.