gambar fail
Daripada Aisha Hani Nor Azmir
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei(Iteenews) — Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dijadualkan bertemu rakan sejawatanASEAN pada hari pertama Persidangan Menteri-MenteriASEAN Bertanggungjawab Terhadap Maklumat (AMRI) ke-17 dan Mesyuarat Berkaitan di sini hari ini.
Persidangan dua hari itu, antara lainakan membincangkan kemajuan strategik dalam bidang media dan maklumatsertamenangani isu baharu muncul seperti maklumat palsu, maklumat salah, keterangkuman digital, penggunaan etika kecerdasan buatan (AI) sertatransformasi digital.
Putera Mahkota Brunei yang jugaMenteri Kanan di Pejabat Perdana MenteriPengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah akanmenyampaikan ucapan pembukaan AMRI yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini.
Selain menteri-menteri dan pegawai kanan bertanggungjawab terhadapmaklumat dari negara anggota ASEAN, persidangan turut dihadiri wakil dari ASEAN Campur Tiga iaituChina, Japan dan Korea Selatan.
Teo mengetuai delegasi Malaysia pada persidangan dua hari itu.
Turut serta dalam delegasi Malaysia ialah Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan (JaPen) MuhammadNajmi Mustapha danKetua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Norhani Mohamad Adzhar
Delegasi itu juga dianggotai Pengarah II (ASEAN dan Dua Hala)Fatin Nabiha Ab Aziz, Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Antarabangsa Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(Iteenews) Mohd Shukri Ishak serta pegawai kanan lain daripada Kementerian Komunikasi dan agensinya.
Selain itu, menteri-menteri dan pengawai kanan bertanggungjawab terhadap maklumat dari negara anggota ASEANdan pemimpin ASEAN Campur Tiga dijadualkan menghadap Sultan BruneiSultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurull Iman pada 8 Mei.