Melaka Peruntuk RM2.5 Juta Kepada 5,812 Penerima Bantuan Masyarakat Tionghua

MELAKA, 9 Feb (Iteenews) — Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan melibatkan aspek kebajikan, pembangunan ekonomi dan pendidikan masyarakat Tionghuadi Melaka pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata selain itusetiap tahun, sumbangan khas berjumlah RM200,000 disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak bagi meringankan beban masyarakat berkenaan untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

"Populasi masyarakat Tionghua di Melaka hanya203,400 orang, iaitu sekitar 19.42 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri bertuah ini, namun sumbangan komuniti inidalam pembangunan negeri amat besar nilainya.

"Justeru, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan mana-mana komuniti, bahkan kita sentiasa mendengar denyut nadi seluruh lapisan rakyat termasuk masyarakat Tionghuadi Melaka untuk diberi perhatian dan bantuan sewajarnya," katanya kepada pemberita di Malim Jaya di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka 2025 yang turut dihadiri Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri merangkapPengerusi Jawatankuasa Penganjuran majlis berkenaan Datuk Ngwe Hee Sem.

Ab Rauf berkata kesemua peruntukan itu disalurkan selaras hasrat utama kerajaan negeri yang sentiasa mendahulukan keperluan rakyat sehingga akar umbi tanpa mengira latar belakang bagi memastikan kebajikan rakyatsentiasa terpelihara dan sejahtera.

Beliau berkata selain peruntukan itu, setiap tahun jugakerajaan negeri komited melaksanakan sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka kerana ia merupakan antaraperayaan utama bagi seluruh masyarakat Tionghua yang diraikan secara bersama.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bersyukur kerana mempunyai negara aman dan kedudukan politik yang stabil sehingga mampu berkongsi satu aspirasi di bawah payung kekeluargaan Malaysia MADANI selari dengan semangat perpaduan yang menjadi teras negara," katanya.

Sementara itu, Ngwe berkata lebih 15,000 pengunjung terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum hadir memeriahkan sambutan majlis rumah terbuka berkenaan pada kali ini.