MDEC Raih Peluang Eksport Digital Lebih RM360 Juta Di GITEX Global, ENS 2024

2bc8a2ecdeabca613725eaebf7b7e4b6671116331b780 Kredit: MDEC 050bc9955179aeb845dde5c24afa69e167111647a33c4 Kredit: MDEC

Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid

DUBAI, 17 Okt(Iteenews) –Penglibatan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada Pameran Teknologi Maklumat Teluk (GITEX) Global dan Expand North Star (ENS) 2024 di Dubai telah menghasilkan peluang eksport lebih RM360 juta, iaitu lonjakan yang luar biasa sebanyak 10 peratus daripada yang dicapai pada acara yang sama tahun lepas.

Jumlah nilai semasa itu telah melepasi sasaran awal MDEC iaitu sebanyak RM300 juta dalam peluang eksport digital di seluruh rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Bagaimanapun, Ketua Pemacu Industri Digital MDECIr Wan Murdani Wan Mohamad percaya nilai akhir untuk peluang eksport dijangka terus meningkat apabila GITEX berakhir minggu ini.

GITEX Global yang berlangsung selama lima hari merupakan acara teknologi terbesar di dunia, akan berakhir pada 18 Okt, manakala bagi ENS pula, ia menghimpunkan syarikat pemula niaga dan pelabur, berlangsung dari 13 hingga 16 Okt.

Beliau memuji hasil semasa di acara itu adalah bukti daya tarikan yang kukuh bagi penyelesaian digital termaju Malaysia, terutamanya dalam bidang tumpuan teknologi berimpak tinggi seperti kecerdasan buatan, teknologi kewangan, keselamatan siber dan Internet pelbagai benda.

“Kedua-dua ENS dan GITEX Global telah terbukti sebagai platform yang sangat baik untuk kami berhubung dengan bakal rakan kongsi dan mempamerkan syarikat kami, menawarkan peluang bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di pasaran luar Dubai.

“Peningkatan yang ketara ini menekankan kekuatan dan daya saing syarikat kami di pasaran global, dengan permintaan yang berkembang pesat untuk penyelesaian inovatif mereka,” katanya kepada Iteenews.

Malaysia memberi impak yang ketara di acara ENS 2024 dengan menyediakan pavilion seluas 120 kaki persegi yang dirasmikan oleh Konsul Jeneral Malaysia ke Dubai Mohd Fadly Amri Aliaman dan Pesuruhjaya Perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Emiriah Arab Bersatu (UAE) Megat Iskandar Ahmad Dassilah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *