MBSB Group Buka Pusat Perbankan Komersial Di MATRADE Sokong PKS Dan Syarikat Bersaiz Sederhana

1f1b0625925e33631fb4d643bacad4c067c1bafa73a81 Kredit : MATRADE a173dac3042d30da46ba29cdf2e69bed67c1bb0d43f69 Kredit : MATRADE cab3976b63ce2fcf4d2c84c38c9d5ce367c1bb2138686 Kredit : MATRADE

KUALA LUMPUR, 28 Feb(Iteenews) — MBSB Group melancarkan Pusat Perbankan Komersialnya di ibu pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di sini, sekali gus mengukuhkan komitmennya untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat bersaiz sederhana terutamanya yang berkembang ke pasaran antarabangsa.

Terletak di Menara MATRADE, agensi penggalakan perdagangan nasional Malaysia, pusat itu menyediakan perniagaan dengan akses yang lancar kepada penyelesaian kewangan, nasihat perdagangan dan pandangan strategik untuk mengukuhkan daya saing global mereka.

“Penubuhan pusat ini di pejabat MATRADEmenjadi langkah penting dalam membolehkan PKS dan syarikat bersaiz sederhana mencapai skala antarabangsa.

“Perniagaan memerlukan lebih daripada pembiayaan. Mereka memerlukan sokongan strategik, pandangan industri dan akses yang lancar kepada nasihat perdagangan. KehadiranMBSB Group di MATRADE akan memangkin perniagaan untuk meninjau peluang baharu dengan yakin,” kata PengerusiMATRADE Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Pusat ini menawarkan pembiayaan perdagangan, penyelesaian modal kerja, perbelanjaan modal (capex), pembiayaan dan perkhidmatan pengurusan tunai yang disesuaikan dengan keperluan PKS dan syarikat bersaiz sederhana.

Dengan mempunyai kepakaran kewangan di MATRADE, MBSB Group menyasarkan untuk menyokong perniagaan dalam memanfaatkan peluang pasaran baharu dan mengukuhkan daya tahan mereka.

“Pelancaran pusat kami menjadi pemangkin perubahan kepada PKS dan syarikat bersaiz sederhana yang berhasrat untuk berkembang di luar Malaysia.Kami menyedari perniagaan hari ini memerlukan lebih daripada sekadar pembiayaan.

“Mereka memerlukan rakan perbankan yang memahami perjalanan mereka, menjangka keperluan merekadan menyokong mereka dalam setiap langkah,” kata Pengerusi MBSB Group Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad.

Menurut MATRADE,pusat itu sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), yang menekankan pengembangan eksport, pendigitalan dan pembangunan industri bernilai tinggi.