MBI-BIZAPP Jalin Kerjasama, Perkasa 50,000 Usahawan PMKS Selangor

f4727c0509481ae7f698150021fded956350f710edf03 Gambar Fail e4a0ec52e337fd46f0682387fa7945c26714ca7019052 Kredit: FB – Jefrey Aman

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Iteenews) –Bizapp Ventures Sdn Bhd dan Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) (MBI) telah menandatangani Memorandum Kerjasama untuk memperkasakan 50,000 usahawan perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) di Selangor ke arah digital dalam tempoh lima tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif BIZAPP Mohd Jefrey Aman, dalam kenyataannya berkata melalui inisiatif sistem POS-PLATS (Point Of Sales) – Program Platform Selangor (PLATS), pihaknya telah membangunkan dan menyediakan sistem BIZAPPOS kepada usahawan PLATS.

Beliau berkata sistem POS itujuga dilengkapi peranti khas yang mampu menyokong aktiviti jualan harian peniaga dengan fungsi pengurusan inventori, produk dan penerimaan pembayaran tanpa tunai seperti kad kredit dan debit, sistem kod respon pantas (QR) serta dompet digital.

"Kerjasama ini sangat tepat pada masanya kerana inisiatif sistem POS-PLATS ini penting bagi memastikan agenda Kerajaan NegeriSelangor ke arah masyarakat bebas tunai dapat direalisasikan dalam tempoh 5 tahun.

“Sebagai syarikat teknologi tempatan, kami berbangga kerana MBI telah memilih BIZAPP untuk menjayakan agenda ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Berbekalkan pengalaman lebih lapantahun dalam industri digital serta rekod prestasi syarikat itu yang telah membantu hampir 700,000 usahawan, beliau yakin syarikat itu dapat memberikan yang terbaik dalam menyokong inisiatif MBI ini.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *