Maybank Lantik Malique Firdauz Sebagai Pemangku CFO Kumpulan

4e580b988d261ad77441cf5f803e1bc467b326671a924Malique Firdauz Ahmad Sidique (Kredit: Maybank)

KUALA LUMPUR, 17 Feb(Iteenews) — Maybank mengumumkan pelantikanMalique Firdauz Ahmad Sidique sebagai pemangku Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO) berkuat kuasa hari ini.

Menurut Maybank dalam satu kenyataan hari ini, ketika ini Malique merupakan Ketua Pegawai KewanganMaybank Islamic.

“Proses untuk mengenal pasti CFO kumpulan yang baharu akan dimulakan serta-merta dan keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Maybank mengumumkan Khalijah Ismail ditamatkan perkhidmatannyasebagai CFO berkuat kuasa hari ini susulan siasatan dalaman bank tersebut.

“Lembaga pengarah akan membuat pengumuman diperlukan sebaik sahaja CFO kumpulan yang baharu dilantik,” katanya.

— BERNAMA