Maybank Lancar Kempen \’Mencari MAEllionaire\’ – Peluang Jadi Jutawan

2a5f55143254395b08a9707937c4e5ac674921c6833d2

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Iteenews) — Maybank memperkenalkan kempen, 'Mencari MAEllionaire'yang memberi peluang kepada pelanggannya untuk memenangi hadiah lumayan RM1 juta tunai.

Dalam kenyataan hari ini, Maybank berkata kempen tersebut berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember, 2024 dan terbuka kepada semua pengguna aplikasi MAE.

"Kempen ini bertujuan membantu pelanggan mencapai kebebasan dan kestabilan kewangan sambil memberikan ganjaran kepada pelanggan setia Maybank," katanya.

Menurutnya dua pemenang bertuah akan dipilih secara rawak, masing-masing untuk transaksi yang layak pada November dan Disember, menjadikan keseluruhan hadiah berjumlah RM2 juta tunai.

Katanya pelanggan hanya perlu melaksanakan transaksi layak melalui aplikasi MAE, termasuk membayar bil, Scan & Pay, pemindahan ke ASNB atau Tabung Haji, tambah nilai atau reload, membeli tiket wayang atau ERL melalui aplikasidan menggunakan kad MAE untuk membayar tol, meletak kenderaanatau pengangkutan awam (KTM dan LRT).

Selain itu, pelanggan juga secara automatik layak menyertai kempen tersebut dengan membuka MAE Wallet, mengaktifkan kad MAE, menyimpan dalam Tabung MAE dan melaksanakan pengeluaran tunai tanpa sentuhan melalui aplikasi MAE di mana-mana mesin ATM Maybank yang terlibat.

Hadiah kempen tersebut akan diberikan dalam bentuk tunai di akaun simpanan, deposit tetap, unit amanah, pelaburan emas digital (Maybank MIGA-i).

“Kempen ini mencerminkan komitmen Maybank dalam menyokong pelanggan ke arah masa depan kewangan yang lebih baik," katanya.

Selain itu, pengguna baharu MAE juga akan menikmati promosi menarik seperti ganjaran permulaan RM10 dengan kod promo JOMMAE dan peluang memperoleh ganjaran sebanyak 50 sen setiap hari sehingga 31 Disember, 2024 dengan menyimpan minimum RM500 dalam Tabung MAE.