Maybank Aktifkan Bantuan Kewangan Banjir Kepada Pelanggan Terjejas Di Sabah, Sarawak

16ac1822366b38eb0eac56e7f98d8be9635b98d5e12e1

KUALA LUMPUR, 31 Jan(Iteenews) –Maybank mengulangi komitmennya untuk membantu individu yang terjejas serta pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui program Bantuan Kewangan Banjir berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda Sarawak dan Sabah baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.

“Bantuan Kewangan Banjir Maybank direka untuk menangani cabaran yang dihadapi mangsa banjir termasuk, antara lain, penangguhan pembiayaan/pembayaran balik pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik," katanya.

Selain itu, Maybank berkata ia turut menawarkan pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih, seperti penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir.

Ia berkata pelanggan boleh memohon bantuan melalui e-mel kepada [email protected], atau melawati ataumenghubungi mana-mana cawangan, pusat perbankan komersial atau pusat kewangan auto di seluruh negara.

"Bagi pelanggan PKS, mereka digalakkan untuk menghubungi pengurus perhubungan mereka bagimendapatkan bantuan," katanya.

Sementara itu, ia berkata cabang insurans Kumpulan Maybank, Etiqatelah menyediakan proses tuntutan yang cepat dan mudah untuk pemegang polisi insurans dan pemegang sijil takafulnya, tanpa borang atau dokumen sokongan yang diperlukan.

Pelanggan boleh melayariwww.maybank2u.com.myatau menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 untuk Bantuan Kewangan Banjir.

— BERNAMA