Maxis Perluas Portfolio Sebagai MSP Untuk HPE Di Malaysia

70b3b6bff1d35e3f733e905116d6211766d6f13e97b06Kredit: Maxis

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Iteenews) –Maxis hari ini mengumumkan perkembangan terkini dalam portfolio perkhidmatan terurusnya iaitu sebagai Penyedia Perkhidmatan Terurus (MSP) untukHewlett Packard Enterprise (HPE) diMalaysia.

Maxis, dalamkenyataan hari ini, memaklumkan tambahan peranan itumembolehkan syarikat tersebut memanfaatkanHPE Aruba Networking Central dengan kecerdasan buatan untuk operasi teknologi maklumat (IT) (AlOps) dalam penawaran rangkaian oleh Maxis Business bagi pelanggan perusahaan.

Menurut kenyataan itu, hal berkenaanakan dapat mempertingkatkan pengalaman pelanggan danmembolehkan perkhidmatan ICT yang lebih cekap, selamat dan pintar seperti rangkaian 4G LTE dan 5G persendirian, rangkaian kawasan luas ditentukan perisian(SD-WAN) and WiFi perniagaan.

"HPE Aruba Networking Central dengan AIOps membolehkan rangkaian berkeupayaan AI yang mengutamakan keselamatan dengan menyampaikan analitik dikuasakan oleh AI, automasi dan penyelarasan hujung ke hujung, serta fungsi keselamatan canggih, kesemuanya untuk mengoptimumkan prestasi dan perlindungan rangkaian.

"Penyelesaian ini boleh membantu perniagaan untuk mengenal pasti isu secara proaktif, mengurangkan penyelesaian masalah kaedah manualdan mengoptimumkan prestasi rangkaian secara berterusan untuk meningkatkan pengalaman pengguna," menurut kenyataan itu.

Menurut Maxis, kerjasama itu yang merupakan peristiwapentingdalam kolaborasi panjangnya bersama HPE,akan meningkatkan tawaran nilai Maxis Business kepada pelanggan, dengan memastikan penyampaian penyelesaian rangkaian yang lebih selamat dalam landskap ancaman siber yang sentiasa berubah.

Kenyataan itu turut menyebut keselamatan siber merupakan keutamaan tertinggi bagi Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dan pemimpin perniagaan di seluruh dunia, dengan permintaan yang kuat untuk perkhidmatan dan penyelesaian lebih selamat.

"Dengan asas Keselamatan Kepercayaan Sifar oleh HPE Aruba Networking, kebolehpercayaan setiap pengguna dan peranti dalam rangkaian akan melalui pengesahan secara berterusan bagi meningkatkan keselamatan.

"Reka bentukini memanfaatkan keupayaan teknologi AI yang berkuasa untuk mengenal pasti semua peranti yang bersambung, menyokong penyelarasanpolisi berasaskan identiti di seluruh rangkaian," menurut kenyataan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *