KUALA LUMPUR, 3 Nov (Iteenews) – Maxis Bhd berhasrat menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memahami rasional keputusan berkaitan pengendali rangkaian 5G kedua negara yang diumumkanbaru-baru ini.
Dalam kenyataannya hari ini, syarikat telekomunikasi itu berkata ia mengambil maklum mengenai keputusan berkaitan usaha membina dan mengendalikan rangkaianyang juga komponen kritikal dalam infrastruktur komunikasi sertapelan pembangunan Malaysia.
“Kami akan melakukan libat urus dengan MCMC bagi memahami rasional keputusan itu dan mempertimbang pilihan-pilihan kami selepas perbincangan dengan semua pemegang taruh,” katanya.
MCMC baru-baru ini mengumumkan keputusan pemilihan U Mobile Sdn Bhd bagi melaksanakan rangkaian 5G kedua di negara ini selepas melakukan penilaian teknikal dan komersial yang terperinci.
Mengulas selanjutnya, Maxis berkata sebagai sebuah syarikat sertaditerajui anak tempatan dan dimiliki rakyat Malaysia dengan kepentingan sebanyak 77 peratus, ia sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negara ini.
“Kami komited sepenuhnya terhadap pembangunan jangka panjang Malaysiadan memastikan seluruh negaraberkongsi manfaat 5G dan ekonomi digital," katanya.
Menurutnya, sebagaipenyokong kuat bagi model dwirangkaian 5G, Maxis telah mengemukakan cadangan teknikal dan komersial yang komprehensif sebagai tindak balas kepada pelawaan MCMC untuk tender rangkaian 5G kedua.
“Menerusiinfrastruktur rangkaian kukuh dan kepakaran Maxis, cadangan pelaksanaan rangkaian 5G kami dijangka mengambil masa dan sumber yang jauh lebih sedikit untuk meliputi peratusan liputan kawasan berpenduduk yang menyamai rangkaian 5G pertama. Liputan 5G dalam bangunan turut disediakan di kawasan berkenaan," katanya.
Maxis turut memberi jaminan kepada pelanggan bahawa mereka akan terus menikmati perkhidmatan 5G melalui perjanjian akses sedia ada syarikat itu dengan Digital Nasional Bhd walaupun pihaknya terus meneroka pilihan 5G dan libat urus dengan semua pihak berkepentingan.