Maxis Bersedia Percepat Penerimagunaan Awan Untuk Perniagaan Dengan AWS Region Di Malaysia

36c3877fe03d042664e1c5fd5d6be3e466cc6fdecb96eFoto: Maxis/ Goh Seow Eng

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Iteenews) — Maxis, penyedia telekomunikasi bersepadu terkemuka Malaysia bersedia untuk mempercepatkan penerimagunaan awan dalam perniagaan di Malaysia, dengan memanfaatkan infrastruktur Amazon Web Services (AWS) Region yang baru dilancarkan di negara ini.

Maxis dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan menerusi Maxis Business, bahagian perniagaan perusahaan Maxis, pelanggan kini boleh memanfaatkan keupayaan awan dengan lebih yakin, kerana residensi data tempatan akan membolehkan migrasi data dan beban kerja mereka ke awan secara lancar dan selamat.

“Dengan mengutamakan residensi data, Maxis memberikan perniagaan keyakinan kerana data mereka disimpan dan diuruskan dalam Malaysia, menawarkan bukan sahaja pematuhan kawal selia tetapi juga keselamatan yang dipertingkatkan dan kadar pendam yang dikurangkan.

“Infrastruktur tempatan, membolehkan operasi awan yang lebih cepat dan dipercayai, memberikan perniagaan di Malaysia keupayaan untuk memanfaatkan pelbagai penggunaan canggih seperti kecerdasan buatan (AI), AI generatif, dan analitik berskala besar.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Goh Seow Eng berkata Maxis komited untuk mendorong penggunaan awan merentas sektor swasta dan awam, bagi memacu ekonomi negara.

“Penubuhan AWS Region di negara ini akan memangkin penerimagunaan digital, kerana pelanggan akan mendapat manfaat boleh skala lebih besar serta keselamatan daripada kedaulatan data tempatan.

“Bersama AWS, kami berharap akan dapat membantu lebih banyak perniagaan pelbagai saiz di Malaysia, memanfaatkan kuasa pengkomputeran awan sebagai rakan niaga digital pilihan mereka,” katanya.

Menurut kenyataan itu sebagai satu-satunya syarikat telekomunikasi di Malaysia yang memegang status AWS Advanced Tier Services Partnerdan AWS Direct Connect Partner, Maxis mempunyai kelebihan dengan pengalaman pelanggan yang terbukti untuk membantu migrasi perniagaan ke awan.

Kenyataan Maxis itu memaklumkan bagi menyokong pelancaran AWS Region baru-baru ini, Maxis Business kini menawarkan program Cloud Mover tersendiri untuk memacu migrasi awan kepada lebih banyak perniagaan di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *