KUALA LUMPUR, 16 Okt (Iteenews) –Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka memenuhi unjuran trafik penumpang iaitu antara 95.4 juta dan 97.6 juta penumpang tahun ini disokong oleh pemulihan kukuhsektor penerbangan Malaysia yang berterusan dalam tempoh enam bulan pertama 2024.
Julat unjuran trafik penumpang sebelum adalah 93.9 juta dan 107.1 juta penumpang.
Menurut laporan dwi-tahunan Waypoint ke-15 dikeluarkan oleh MAVCOM, jumlah trafik penumpang udara Malaysia mencecah 46.6 juta, mewakili pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 15.3 peratus pada separuh pertama2024 didorong oleh trafik penumpang udara antarabangsa.
Dalam tempoh tersebut, trafik penumpang udara antarabangsa meningkat sebanyak 35.9 peratus tahun ke tahun kepada 24.0 juta penumpangmanakala trafik domestik turun sebanyak 0.7 peratus tahun ke tahun kepada 22.6 juta penumpang.
Pengerusi Eksekutif WAYCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata pertumbuhan dalam sektor penerbangan Malaysia pada separuh pertama 2024 terutamanya peningkatan 35.9 peratus tahun ke tahun dalam trafik penumpang udara antarabangsa, menunjukkan kekukuhan sektor itu.
“Inisiatif pelancongan strategik seperti perjalanan tanpa visa untuk pelawat dari India dan China akan terus meningkatkan trafik udara dan pelancongan antarabangsa.
“Sektor itu telah mencapai 72.3 juta penumpang menjelang September 2024, satu pencapaianpenting menunjukkan keberkesanan usaha memulihkan laluan antarabangsa dan melonjakkanpermintaan perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata menghampiri separuh kedua tahun ini, MAVCOM akan terus bekerjasama rapat dengan penggiatindustri untuk meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan utama dalam ASEAN.
“Bagaimanapun, kami kekal berhati-hati terhadapfaktor luaran termasuk harga bahan api yang turun naik dan cabaran rantaian bekalan global, iaboleh memberi kesan kepada pemulihan berterusan industri. Di sebalik cabaran ini, kami yakin dengan keupayaan sektor itu untuk mengekalkan trajektori pertumbuhannya,” katanya.