Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican–fotoBERNAMA (2024)
KEPALA BATAS, 23 Mac (Iteenews) — Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan untuk meneroka pasaran sedang pesat membangun untuk memperkukuhdan meningkatkan perdagangan negara tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Malaysia perlumengambil langkah tersebut berikutan negara-negara seperti Afrika,Mesir, Libya dan Botswana yang bukan rakan dagangtradisional negara tetapi ekonominya semakin berkembang.
“Kira-kira 10 tahun lepas, jumlah penduduk Afrika seramai 800 juta orang dan kini,meningkat hampir kepada 1.4 bilion. Ia boleh menjadi ruang dan peluang untuk syarikat dan negara seperti Malaysia,” katanya kepadapemberitaselepas Majlis Kasih Ramadan Ceria Aidilfitri Parlimen Kepala Batas di sini hari ini.
Pada majlis itu, seramai 600 orang menerima bantuan wang tunai dan barangankeperluan sempena sambutan Aidilfitri.
Reezal Merican berkata dalam keadaan tekanan geopolitik dan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat, penerokaan dalam pasaran tersebut dilihat amat penting untuk kelangsungan ekonomi negara.
Katanya selepas Dubai dan China, Malaysia sedang melihat potensiuntuk meluaskan perdagangan ke negara-negara tersebut yang diharap dapat memberi pulangan kepada ekonomi negara.
Dalam pada itu, katanya Matrade akan menganjurkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke luar negara buat kali kedua pada tahun ini selepas di Dubai pada tahun lepas.
Beliau berkata MIHAS 2025 akan diadakan di Shanghai, China dalam program ‘China International Import Expo’ (CIEE) pada November ini danmenyasarkan jualan meningkat berbanding tahun sebelumnya.
— BERNAMA