MATRADE Sasar MIHAS 2024 Jana Jualan RM3.5 Bilion

a2fcb5dae426d643a7ee9ada304339b966e05af01620ePengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Iteenews) –Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan jualan mencecah RM3.5 bilion pada acara Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 pada 17-20September ini.

PengerusiDatukSeri Reezal Merican Naina Merican berkata sasaran itu lebih tinggi berbanding jualan RM3.2 bilion yang berjaya dicapai pada MIHAS 2023.

Beliauoptimis sasaran itu mampu dicapai menerusi penyertaan memberansangkan yang menampilkan sebanyak 1,910 reruai pada tahun ini berbanding 1,890 reruai pada edisi tahun lepas.

MIHAS 2024 yang dijadualberlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) turut melibatkan sebanyak 1,400 pempamer dari lebih 45 negaraberbanding 1,040 pempamer mewakili 44 negara pada tahun lepas.

“Saya yakin penyertaan lebih banyak pempamer pada tahun inijuga menunjukkan potensi industri, produk dan perkhidmatan halal ini semakin mendapat permintaan tinggi daripada pihak luar,” katanya kepada Iteenews selepas menjadi tetamu dalamprogram Ruang Bicara terbitan Iteenews TV, malam ini.

Mengulas selanjutnya, Reezal Merican berkatapasaran global bagi barangan dan perkhidmatan halal dijangka mencecah US$5 trilion (RM23.54 trilion) menjelang 2030.

Justeru pertumbuhan pesat itu membolehkan MATRADE untukterus menganjurkan MIHAS yang menjadi platform menyediakan lebihbanyak peluang kepada perniaga tempatanmenembusi pasaran global.

Beliau berkatasalah satu komponen utama MIHAS, Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) yang bakal diadakan pada 18 Sept, 2024, akan disertai 20 pembeli premium dari 13 negara yang dijangka menjana potensi nilai sumber sebanyak RM1.7 bilion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *