Kredit: I Medikel TV Kredit: I Medikel TV
KOTA BHARU, 18 Dis (Iteenews) — Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berhasrat menjadikan lebih banyak produk usahawan Kelantan yang bernilai tinggiuntuk menembusi pasaran global.
PengarahWilayah Timurnya,Zaimah Osman berkatakebanyakan usahawan di negeri ini mengusahakan produkunik setanding dengan produk usahawan di Lembah Klang, sekali gus berpotensi untuk dieksport ke luar negara.
Beliau berkata, MATRADE menyediakan pelbagai geran untuk membantu usahawan tempatan mengeksport produk masing-masing termasuk Geran Pembangunan Pemasaran (MDG) dengan nilai maksimum RM300,000.
Geran berkenaan, katanya bagi menampung sebahagian kos perbelanjaan untuk usahawan tempatan menyertai aktiviti eksport.
“Kita tahu untuk memasarkan sesuatu produk ke peringkat global termasuk di Amerika Syarikat (AS) bukan mudah, tetapi kita akan bantu, malahkita mempunyai rakan perdagangan terbesar, jadi ia dapat memudahkan hubungan perdagangan Malaysia dengan AS.
“Hampir setiap tahun jumlah usahawan semakin meningkat bahkan produk yang dihasilkan mereka dilihat berpotensi untuk dieksport. Oleh itu, kita berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan Kelantan yang dapat membawaproduk masing-masingke pasaran luar negara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita padaMajlis Pelancaran Produk I-Medikel Pharma ‘Dari Kota Bharu ke New York’ di Wisma I-Medikel Telipotdi sinihari ini.
Mengulas lanjut, Zaimah berkata pihaknya juga menggesausahawantempatan mahupun syarikat untuk mengetahui dengan lebih lanjut selaincakna mengenai geranyang ditawarkan MATRADE bagimembangunkanproduk yang dihasilkan.
“Setiap tahun kita mempunyaiProgramBuddyapabilapihak MATRADE akan memilih 10 usahawan untuk digilap daripadazero to herodan menjadi juara eksport.