MATRADE Lancar Perdagangan Digital MADANI

209724498ef43b2f8c3e2cdd1a46943967d3888d38dc7 Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (kiri) melawat reruai pameran selepas Majlis Peluncuran MADANI Digital Trade di Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. a54a55a56243fadf7ef4695dbdf8c79b67d2d26baad55 Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika ditemubual pemberita selepas Majlis Peluncuran MADANI Digital Trade di Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 13 Mac(Iteenews) — Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan Perdagangan Digital MADANI(MDT), sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Pengerusi MATRADE Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata platform MDT adalah sejajar dengan strategi kerajaan untuk memanfaatkan alatan digital untuk akses pasaran luas dan kepintaran.

“Platform ini merupakan sebuah pendekatanstrategik yang berpotensi dalam memperkasakan pengeksport Malaysia pelbagai saiz untuk berhubung terus dengan pasaran antarabangsa, mempercepatkan kepelbagaian pasaran sekali gus mencapai kejayaan yang lebih besar.

“Ini selaras dengan sasaran kami untuk meningkatkan sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 19.1 peratus pada 2019 kepada 22.6 peratus menjelang 2025,”katanya dalam ucapanpada pelancaran MDT.

MDT, yang menawarkan perniagaan fungsi pemadanan perniagaan, pasaran digital, risikan pasaran atas geran, latihan, akses pasaranserta penyelesaian perniagaan berkaitan perdagangan dilancarkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan IndustriTengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyokong MDT dengan menawarkan penggunanya peluang untuk mengakses perkhidmatannyamelalui MDT.

Menurut MATRADE, perkongsian strategik ini memanfaatkan automasi, kecerdasan buatan (AI) dan analisis data untuk menyokong kemudahan perdagangan dengan lebih baik termasuk akses pengisytiharan kastam untuk import, eksport, e-dagang serta pematuhan kawal selia.

Katanya fungsi utama platform MDT termasuk Platform Interaksi Maya yang menghubungkan perniagaan dengan Pembeli Premium MATRADE dan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) membantu pemadanan antara perniagaan dan mengenal pasti peluang pembeli berpotensi dalam pasaran yang pelbagai.

Katanya pasaran digital dan pengagregat pasaran membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk mempamer serta menjual produk dan perkhidmatan mereka, mengurangkan jurang antara jenama Malaysia dan pasaran antarabangsa di samping membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan pantas kepada perubahan pilihan pengguna dan permintaan pasaran.