MATRADE Bawa Pemain Industri Permainan Ke Tokyo, Pertingkatkan Kehadiran Global Malaysia

601391f083d85f19693836d778de6096665a02e302796

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Iteenews) — Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan membawa 10 pemain industri permainan Malaysia ke salah satu pameran permainan terbesar di Asia, Tokyo Game Show (TGS) 2024, untuk meningkatkan kehadiran permainan global Malaysia.

10 pembangun permainan dan studio animasi Malaysia ialah Adticles, Ammobox Studios, Bear Down Studios, Dreamscapes Edtech, Esolved MSC, Goolee, Magnus Games Studio, Rcade Studio, Why Knot dan Todak Studios.

Syarikat-syarikat itu akan ditempatkandi bawah Pavilion Malaysia, diselaraskan oleh MATRADE dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata penyertaan MATRADE di TGS 2024 dengan kerjasama rapat dengan MDEC, merupakan inisiatif strategik untuk meletakkan studio Malaysia dalam ekosistem permainan global.

“Jepun mempunyai jumlah‘gamers’ (pemain) yang tinggi dengan pangkalan pengguna diunjurkan mencecah 66 juta menjelang 2029.

“Dari segi pendapatan, pasaran permainan Jepun diramal menjana US$44.41 bilion (US$1 = RM4.33) menjelang akhir 2024, menjadikannya salah satu pasaran permainan terbesar dan paling menguntungkan di seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan bersama dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi MDEC Syed Ibrahim Syed Noh berkata perkongsian itu menekankan komitmen MDEC dan MATRADE untuk mengangkat bakat dan perniagaan tempatan ke pentas global, memupuk inovasi dan memacu pertumbuhan ekonomi digital.

TGS 2024 dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 29 September 2024 di Makuhari Messe, Chiba (Jepun).

MATRADE Tokyo akan menyelaraskan aktiviti yang memberi impak di Pavilion Malaysiaiaitu padanan perniagaan, sesi ‘networking’ (perangkaian)dan pendedahan media, pada masa sama, MDEC akan mengadakan mesyuarat peringkat tinggi dengan penerbit permainan Jepun dan inkubator teknologi sepanjang acara yang berlangsung selama empat hari itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *