Marriott Mahu Buka 20 Lagi Hotel Di Malaysia, Manfaatkan Ledakan Sektor Pelancongan

3d1363c4ab9cff9e7b036b6a366497b166e066ab272cc

KUALA LUMPUR, 10 Sept(Iteenews) — Marriott International kini memulakan pelan pengembangan besar-besaran di Malaysia, termasukmembuka 20 hotel baharu dengan memanfaatkan ledakan sektor pelancongan dan riadah di Asia Tenggara.

Berikutan itu, Pengerusi Lembaga PengarahMarriott International David S. Marriott berkata kumpulan itu yang merangkumi 30 jenama hotel, juga terbuka kepada langkah seperti penggabungan, pengambilalihan sertakerjasama bagi mencapai sasaran berkenaan.

Beliau turut berkongsi mengenai sejarah Marriott bertapak di Malaysia hampir tiga dekad lepas menerusi pembukaan HotelRenaissance Kuala Lumpur pada 1996 danhari ini,jenama itu mengendalikan 50 hotel di seluruh negara ini.

“Saya bercakap dengan ayah saya (Bill Marriott) sebelum ke sini dan beliau sempat mengimbau bagaimana kami hanya mempunyai dua hotel pada 2003 semasa lawatan pertamanya ke Malaysialebih 20 tahun lepas.

“Beliau juga kagum dengan pertumbuhan luar biasa yang dicapai di Malaysia," kata David pada sesi meja bulat media di sini, hari ini.

Pembukaan hotel baharu di lokasi tumpuan ramai

Hotel-hotel baharu yang dijangka dibuka bagi tempoh tahun ini dan 2029 akan dimulakan denganThe Millen iaitu Autograph Collectionyang dijadualdirasmikan di Pulau Pinang pada tahun ini.

Selain itu,Marriott turut memeterai perjanjian francais dengan Iconic Penang Sdn Bhd bagi pembukaan Hotel Iconic Marjorie,Pulau Pinang selain HotelTribute Portfolio juga pada2024 manakalaSheraton Johor Bahru dan Hotel AC diIpoh pula dijadual dibuka pada2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *