MARIC Lancar Direktori Rel Pertama Malaysia Di Berlin

0c60a2a7848bec4250471b73d48cbdf266f42ee7c6b9aFoto: MARIC

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Iteenews) — Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC) telah melancarkan Direktori Industri Rel Malaysia yang pertama semasa majlis perasmian InnoTrans 2024 diBerlin, Jerman pada Selasa.

Pelancaran direktori itu dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke Jerman Datin DrAdina Kamarudin semasa Pameran InnoTrans, yang merupakan pameran perdagangan antarabangsa terkemuka bagi teknologi pengangkutan, yang dianjurkan secara dwitahunan di Berlin.

Pada majlis itu, ahli MARIC turut memeterai memorandum persefahaman dengan rakan kongsi antarabangsa seperti Siemens Mobility, Hyundai Rotem South Korea, Huawei, Downer Australia, Robel Germany danPT Len Indonesia.

PresidenMARIC Datuk DrMohd Yusoff Sulaiman berkata pertubuhan itu memainkan peranan yang amat penting dan menjadi pelengkap dalam keseluruhan ekosistem bagi menyediakan nasihat serta input terbaik kepada Kerajaan Malaysia.

“Kami akan bekerja keras untuk menyediakan input strategik kepada kerajaan dalam usaha menjadikan industri kereta api diMalaysia lebih baik," menurutnya dalam kenyataan yang dikeluarkan susulan pelancaran direktori itu.

MARIC, yang ditubuhkan pada 17 April 2017, diamanahkan dengan misi untuk menyumbang kepada pembangunan kejuruteraan sistem kereta api Malaysia, menjadi pemain utama industri dalam projek berasaskan rel sejak30 tahun lepas.

Keahliannya telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan ahlinya terlibat dalam pelbagai kerja-kerja membabitkan sistem kejuruteraan rel seperti pembinaan, pemulihan, Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih(MRO) serta Perkongsian Awam Swasta (PPP) di peringkat tempatan dan antarabangsa.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *