Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Sarawak Menurun

Gambar Fail

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Iteenews) — Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkatmanakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.

DiSABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 989 orang daripada 305 keluarga setakat 8 pagi berbanding 721 daripada 212 keluarga malam tadi.

Menurut kenyataan itu, daerah Membakut yang mula dilandabanjir petang semalam menempatkan 160 mangsa daripada 53 keluarga di satu PPS.

"Sebanyak538 orang (177 keluarga) ditempatkan di tigaPPS Beaufort, 278 orang (71 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan, dan 13 orang daripada empat keluarga di satu PPS di Tambunan. Trend pemindahan mangsa banjir di Beaufort meningkatmanakala di Membakut, Tambunan dan Kinabatangan kekal," menurutkenyataan itu.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir di negeri itu menurun kepada 2,465 orang berbanding3,082 orang pada sebelah malam dengan16 PPSmasih beroperasisetakat 8 pagi ini.

MenurutSekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, jumlah mangsa di Bahagian Bintulu merekodkan penurunan kepada 1,099 orang berbanding 1,775 orang malam tadi manakaladi Bahagian Mukah, bilangan mangsa berkurangan sedikit kepada 605 orang berbanding 607 orang malam tadi.

Jumlah mangsa juga agak menurundi Sibu kepada 423 orang berbanding429 orangsementara di Miri pula meningkat kembali kepada 338 orang berbanding271 mangsa pada malam tadi.

— BERNAMA