KOTA KINABALU, 5Mei (Iteenews) — Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada1,627orang daripada 488keluarga pada 8 pagiini, berbanding1,526orang daripada 455keluarga pukul 4 petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan 1,268orang daripada 377keluarga di Sook masihberlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS).
PPS itu ialah Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 671mangsa, Dewan Masyarakat Sook (272), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (208), dan Dewan Kampung Ansip Tengah (117).
Sementara itudi Beaufort, sebanyak 359mangsa daripada 111keluargadipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.
"Sebanyak 19 kampung masih terjejas banjir, iaitu 10 di Beaufortdan sembilan di Sook," menurut kenyataan itu.
— BERNAMA