IPOH, 10 Jan (Iteenews) — Jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Beruas,Manjung,sedikit meningkathari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan 18 orangdaripada lima keluarga berlindung di PPS tersebut berbanding 15 orangdaripada empat keluarga semalam.
"Kesemua mangsa yang terjejas banjiradalah penduduk dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi serta Kampung Pengkalan Damar," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan SaliranPerak memaklumkanair Sungai Perak di Pasang Api, Bagan Datuk berada pada paras bahaya setinggi 2.56 meter (m) berbanding paras normal 1m.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysiapula meramalkan kebanyakan daerah antaranya Perak Tengah, Hilir Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim dijangka berlaku ribut dan hujan pada sebelah petang dan malam.
Jabatan Kerja Raya Perak turut memaklumkan laluan A175 Jalan Selat-Pulau Pebayan diPerak Tengah masih lagi ditutup kepadasemua kenderaan berikutan laluan tersebut dinaiki air setinggi 0.8m.
— BERNAMA