JOHOR BAHRU, 10 April (Iteenews) — Jumlah mangsa banjir di Johor terus menunjukkan penurunan pagi ini, dengan 290 orang daripada 96 keluarga berbanding 309 mangsa daripada 104 keluarga semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr. Azmi Rohani, berkata kesemua mangsa yang terjejas di daerah Batu Pahat masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading.
Menurut beliau mangsa adalah penduduk di Kampung Baharu Sri Gading, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan, dan Kampung Parit Samijan.
“Dua sungai dilaporkan berada pada paras waspada iaitu Sungai Senggarang di daerah Batu Pahat dengan bacaan 3.13 meter dan Sungai Batu Pahat pada paras bacaan 2.30 meter, manakala sungai-sungai lain di negeri ini berada padaparas normal.
“Sementara itu, keadaan cuaca dilaporkan cerah di semua daerah setakat pagi ini,dantiada amaran ribut petir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
— BERNAMA