Malaysia Usaha Perluas Ketersambungan Udara Ke Eropah, Amerika – Loke

97cc72ba9d409f82c6a49e51473583a467ed5b09c8ca6Menteri Pengangkutan Anthony Loke (empat, kanan) menyampaikan “goodies raya” kepada penumpang pesawat pada Majis Sambutan Pesawat British Airways Boeing 787-900 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1. Turut kelihatan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia David Wallace (dua, kanan) Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Manoharan Periasamy (kanan) dan Pengurus Besar British Airways Wilayah Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik Helen O\’Connor (tiga, kanan).

SEPANG, 2 April (Iteenews) — Malaysia sedang berusaha ke arah memperluas ketersambunganpenerbangan ke Eropah dan Amerika, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata kerajaan sedang menarik lebih banyak syarikat dariEropah untuk menyediakan penerbangan teruske Malaysia sertamenggalakkan syarikattempatan mewujudkan laluan.

“Ketersambungansudah semestinya penting untuk negara bagi perdagangan, perniagaan dan terutamanya untuk pelancongan.

“Jika kita tiada penerbangan terus, ia akan jadi tidak menarikuntuk pelancong datang ke negara kita,” katanya dalam sidang media selepas menyambut penerbangan pertamaBritish Airways selepas menyambung semula penerbangan harian antara Kuala Lumpur dan London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Penerbangan itu menandakan kepulangan British Airways ke Malaysia selepas lima tahun menghentikan laluan itu ketika pandemik COVID-19.

Loke dalam ucapan sebelum itu berkatakembalinyasyarikat penerbangan berpangkalan di United Kingdom (UK) itu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan utama di rantau ini.

“Industri penerbangan Malaysia menunjukkan pemulihan dan daya tahan yang kuat, dengan trafik penumpang dijangka melebihi 100 juta pada 2025.

“Kehadiran British Airways di KLIA bukan sahaja memudahkan lebih banyak perjalanan antara Eropah dan Malaysia tetapi juga meningkatkan daya tarikan kita sebagai pusat transit bagi pengembara menuju ke destinasi ASEAN yang lain,” katanya.

Loke berkata selain pelancongan, laluan itu juga menawarkanpeluang lebih besar untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan UK.