Malaysia Tidak Perlu Panik, Gopoh Buat Keputusan Berhubung Tarif AS — Amir Hamzah

4606a1391c869f835b1c87603ebd8c2567f26f9e144e6Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 April (Iteenews) –Malaysia tidak seharusnya panik dan gopoh membuat keputusan berhubung kesan tarif timbal balik 24 peratus ke atas baranganMalaysiaoleh Amerika Syarikat (AS), kataMenteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata pengumuman Presiden AS Donald Trump berkaitan tarif berkenaan masih baharudan Malaysia perlu mengambil masa untuk lebih mendalami kesan tarif kepada industri seterusnya berkaitan inflasi.

“Kita kena analisisisu yang ada dan kita perlu berbincang.Buat masa sekarang, pendekatan yang Malaysia ambil iaituuntuk terus berbincang dengan ASkerana kita rasa dengan cara perbincangan, kita boleh cari penyelesaian yang lebih baik.

“Insya-Allah dengan mesyuarat-mesyuaratyang ada dalam ASEAN ini, kita akan cari jalan juga, berbincang dengan rakan kita semua agar ada kesepakatan ke hadapan,” katanya kepada Iteenews selepas sesi lawatanpersiapan Mesyuarat MenteriKewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN ke-12 (AFMGM) hari ini.

Amir Hamzah berkata demikian ketika ditanya mengenai kesan tarif AS terhadap unjuran inflasi negara padatahun ini.

Turut hadir dalam sesi lawatan berkenaan Gabenor BNMDatuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Bank Negara Malaysia (BNM) meletakkan unjuran inflasi tahun ini sekitar 2.0 hingga 3.5 peratus.

Sementara itu, beliau berkata unjuran inflasi tahun ini telahpun mengambil kira pelaksanaan pelarasan subsidi pada masa akan datang.