Malaysia Terus Jadi Pilihan Pelabur Di Asia Tenggara – OBORCC

e3b62153f65aaa3209ef055fa582e31766d193ecb480b Datuk Seri Tan Thian Lai – Kredit: OBORCC e1718a2fdb127a21f5c207eac9cd8ced66d194185608c

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Iteenews) — Kestabilan politik dan keadaan ekonomi yang inklusif menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama pelabur antarabangsa bagi Asia Tenggara, kata Presiden Dewan Perniagaan One Belt One Road (OBORCC)Datuk Seri Tan Thian Lai.

Beliau berkata faktor itu merupakanelemen penting yang mempengaruhi keputusan kalangan pelabur.

“Terdapat beberapa syarikat besardalam industri kenderaan elektrik (EV) danteknologi kecerdasan buatan (AI) di China dan Hong Kong yangmenyatakan minat kepada OBORCC untuk menjadikan Malaysia sebagai hab mereka di luar China.

“Hal ini kerana Malaysia dilihat sebagai negara yang strategik dari segi geopolitik, tawaran tenaga kerja mahir serta insentif cukai yang dilihat (pelabur) sebagai peluang yang tidak boleh dilepaskan.

“Selain itu, prestasiringgit yang semakin mengukuh turut menyumbang kepada minat ini,” katanya kepada Iteenews pada Jumaat.

Baru-baru ini,Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata bagi tahun ini sehingga 13Ogos,2024, ringgit menambah nilai sebanyak 3.1 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ini susulan spread dalam prestasi ringgit menunjukkan kenaikan semula daripada paras-paras sebelumnya, malah pergerakan ringgit kini dalam hala tuju yang tepat, katanya semasa sidang mediaprestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2024.

Setakat hari ini tukaran ringgit bernilai RM4.31berbanding dolar AS.

Dalam pada itu, Tan berkata antara rancangan yang dikemukakan pelaburkepadanya adalahuntuk meningkatkan jumlah stesen pengecas EV di Malaysia serta mewujudkan pusat AI utama di rantau Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *