KUALA LUMPUR, 23 Dis (Iteenews) — Malaysia telah menduduki tempat pertama dalam kalangan negara laindi Asia Tenggara dalam Indeks Peluang Pusat Data SEA-5 Knight Frank untuk tahun kedua berturut-turut dengan penggunaan tahunan sebanyak 429 megawatt (MW).
Dalam Laporan Penyelidikan Pusat Data 2024, firma perundingan hartanah global itu berkata pertumbuhan didorong oleh pelaburan strategik daripada syarikat teknologi terkenalseperti Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google dan Oracle berjumlah US$23.3 bilion (US$1 = RM4.50).
Pengarah Urusan Knight Frank Malaysia Group, Keith Ooi berkata usaha strategik Malaysia dalam infrastruktur digital bukan sekadar rangka tindakan untuk rantau ini tetapi menyerupemain global merebut peluang tersebut.
"Komitmen Malaysiaterhadap inovasi teknologi dan kemampanan menjadikannya destinasi pilihan untuk pelaburan pusat data dan model untuk daya tahan ekonomi," kata Ooi dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata negarameraikan kejayaandalam pelaburan pusat data, mengukuhkan kedudukannya sebagai hab digital terkemuka di rantau ini.
Menerusi pelaburan digital berjumlah RM141.72 bilion diperoleh dalam tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini, tiga kali ganda jumlah keseluruhan 2023, Malaysia sedang mentakrifkan semula peranannya dalam landskap teknologi global, dipacuoleh inovasi dan pertumbuhan strategik dalam ekonomi digital.
Kenyataan itu berkata kadar pengambilan tahunan yang mengagumkan sebanyak 429 MW, unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.5 peratus untuk 2025, infrastruktur yang kukuh, pelaburan strategik dan dasar berpandangan jauh, membezakannya dengan negara lain.
Penguasaan itu mengukuhkan kelebihan daya saing Malaysia dan juga menandakan kesediaan negara untuk mengekalkan pertumbuhan jangka panjang dalam ekonomi digital.
“Langkah proaktif kerajaan Malaysia termasuk Laluan Lorong Hijau danSkim Bekalan Tenaga Boleh BaharuKorporat (CRESS), memainkan peranan penting dalam membentuk ekosistem pusat data berdaya tahan.