Malaysia Sokong Perdagangan Bebas, Tolak Sekatan Unilateral – PM Anwar

e857b66a2c3ff974cc1f026ac18dc77e66d9959aea09bPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika sesi pleno sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 5 Sept(Iteenews) –Malaysia tidak menyokong sebarang sekatan unilateral dan percaya bahawa negara-negara harus dibenarkan untuk meneruskanrejim perdagangan bebas dalam usaha memperkukuh ekonomi masing-masing bagi mencapai pertumbuhan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami percaya padaperdagangan bebas dan tiada sekatan. Saya telah memberi jaminan kepada Presiden (Vladimir) Putin malam tadi bahawa apa sahaja pendekatanyang diperkenalkan, kami akan teruskan.

Anwar mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin semalam yang kemudiannya disusulimajlis makan malamdihoskanPutin.

“Maksud saya, kami masih mempunyai hubungan baik dengan Iran dan di kebanyakan negara ini (yang dikenakansekatan), dan jika kriterianya betul dalam menggalakkan perdagangan bebas, kita akan teruskannya. Tidak ada isu langsung,” katanya semasa sesi soal jawab padaForum Ekonomi Timur (EEF) ke-9, di Vladivostok,Rusia, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan ucap tama bertajuk: Exploring New Frontiers: The Future of Malaysia-Russia relations (Meneroka Sempadan Baharu: Masa Depan hubungan Malaysia-Rusia) pada forum tersebut.

SetakatSeptember 2024, Rusia dikenakanlebih 16,500 sekatan antarabangsa, terutamanya dari negara Barat, termasuk Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah dan negara sekutu lain.

Ini termasuk sekatan ke atas minyak dan gas asli, akses kepada teknologi ketenteraan, import emas dan berlian, import minyak mentah menerusi pengangkutan laut, serta penerbangan dari Rusia.

Begitu juga, Iran telah dikenakan pelbagai sekatan dari negara seperti AS, Perancis, Jerman, dan United Kingdom, terutamanya menyasarkan program nuklearnya, minyak dan gas serta pemindahan teknologi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *