Malaysia Sedia Terajui ASEAN Dengan Kepimpinan Berwawasan – Timbalan Menteri Luar Korea Selatan

Timbalan Menteri Luar Korea Selatan, Chung Byung Won

Oleh Nabilah Saleh

KUALA LUMPUR, 17Jan (Iteenews) — Ketika Malaysia mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN tahun ini, Korea Selatan menyatakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia untuk memandu blok itu ke arah mencapai matlamat strategik jangka panjang sambil memupuk keamanan, ketahanandan keterangkuman serantau.

Timbalan Menteri Luar Korea Selatan Chung Byung Won menekankan kepentingan sejarah Malaysia dalam ASEAN, merujuk sumbangannya kepada pencapaian penting seperti pelancaran Sidang Kemuncak Asia Timur pada 2005 dan penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015.

“Malaysia, sebagai anggota pengasas ASEAN, telah memainkan peranan penting dalam kerjasama ASEAN dan menunjukkan kepimpinan yang signifikan,” kata Chung kepada Iteenews.

Beliau menyatakan demikian dalam temu bual bertulis eksklusif bersama Iteenews sempena PermukimanMenteriLuar ASEAN (AMM) dari 18 hingga 19 Jandi Langkawi, Kedah.

Beliau turut menekankan bahawa pelaksanaan Visi Komuniti ASEAN 2045 yang akan datang merupakan peluang kritikal bagi Malaysia untuk mengemudi blok itu ke arah strategi yang padu dan berpandangan jauh untuk dua dekad akan datang.

<!––>

“Kami berharap Malaysia akan menunjukkan kepimpinan intelektual dan institusi dalam membimbingASEAN ke arah hala tuju strategikorganisasi ini untuk 20 tahun akan datang,” katanya.

Dalam nada yang sama, Chung memuji visi Malaysia MADANIkerana selari dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kemampanan."

“Adalah mengagumkan melihat visi Malaysia MADANI sejajardengan tema tahun ini iaitu 'Keterangkuman dan Kemampanan.' Korea Selatan komited untuk menyokong sepenuhnya Malaysia dalam mencapai matlamat yang digariskan di bawah tema ini,” tambah beliau.