Malaysia Sedia Kongsi Kepakaran Dengan Negara Global South Dalam BRICS – PM Anwar 

014bf5d0afc6a189680fbea2f4b504fe66d977a8820edPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampikan ucaptama yang dapat dilihat secara langsung sempena \’Eastern Economic Forum\’ (EEF 2024) yang berlangsung di Vladivostok, Rusia, hari ini.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Daripada Niam Seet Wei

VLADIVOSTOK (Rusia), 5 Sept(Iteenews) — Menyertai organisasiantara kerajaan BRICS bukan sahaja membolehkan Malaysia mendapat manfaat daripada kumpulan negara Global South tetapi turut memberi ruang kepada negara untuk berkongsi kepakarannya, terutamanya berdasarkan kedudukannya sebagai hab semikonduktor di rantau ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dengan menyertai BRICS, Malaysia akan mempunyai peluang untuk memanfaatkan ekonomiGlobal South dan memastikan amalan perdagangan yang adil dikekalkanserta infrastruktur kewangan antarabangsa tidak dimonopoli oleh satu negara atau satu rantau.

“Pada asasnya, ini akan memberi manfaat kepada Malaysia, Global South dan secara tidak langsung kepada seluruh dunia,” kata beliau pada sesi soal jawab pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9 di sini hari ini.

Ia turut disertai Presiden RusiaVladimir Putin dan Naib Presiden China Han Zheng.

Terdahulu, dalam ucaptama beliau,Anwar yang merujuk kepada anggaran terkini berkata Global South kini menyumbang kira-kira 40 peratus daripada keluaran ekonomi dunia.

“Global South merangkumi 85 peratus daripada penduduk global. Menjelang 2030, diunjurkan tiga daripada empat ekonomi terbesar adalah daripada Global South,” kata beliau.

Anwar berkata merangkumi negara-negara di seluruh Asia, Afrikadan Amerika Latin, Global South berada pada trajektori untuk memainkan peranan penting dalam membentuk semula masa depan ekonomi dunia.

Global South secara amnya terdiri daripada Afrika, Amerika Latin dan Caribbean, Asia (tidak termasuk Israel), Jepun, Korea Selatan dan Oceania (tidak termasuk Australia dan New Zealand).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *