Malaysia Sedang Perhebat Kemampuan Dalam Industri Semikonduktor – Tengku Zafrul

ccac05719214b3aa33bc8632bb6dd41766df08bd0f54d Kredit : FB Tengku Zafrul e2137196886b9697f49d9badd3dab85366df09aeb651d Kredit : FB Tengku Zafrul 307c8a2102e30c475ee1c8e94979da9966df09c53835d Kredit : FB Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 9 Sept(Iteenews) — Malaysia sedang memperhebat keupayaannya dalam industri semikonduktor danmelonjakkan kedudukan dalam rantaian bekalan dengan menumpukan segmen ‘front-end’ atauproses awal termasuk fabrikasi.

Ketika berkongsi usaha itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan IndustriTengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ini penting memandangkan Malaysia mempunyai kelebihan daya saing dalam sektor berkenaan, termasuk sebagai pemain utama dalam industri elektrikal dan elektronik sejak lebih lima dekad lamanya.

Beliau berkata eksportsemikonduktor pada masa ini menyumbang 40 peratus daripada keseluruhan eksport negara manakala sumbangan dalam pasaran global pula mencecah enam peratus.

“Kita mempunyai kelebihan ini berikutan rekod prestasi dan ekosistem yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat tempatan dan multinasional.

“Kehadiran syarikat multinasional ini turut mewujudkan pelbagai peluang bagi membolehkan syarikat tempatan berkembang,” katanya.

Bercakappada sesi forum Bloomberg secara maya bertemakan ‘Spotlight on ASEAN Business: Charting New Frontiers,’ hari ini, Tengku Zafrul berkata Malaysia juga menyasarkan untuk meningkatkan lagi kedudukan dalam segmen ‘front-end’ sektor berkenaan.

“Kalangan syarikat-syarikat juga bergerak ke arah sama. Mereka akan ke Malaysia dan ini dapat anda lihat menerusi pelaburan dalam jumlah yang besar,” katanya.

Pada masa sama,Tengku Zafrul berkata terdapat banyak peluang untuk kalangan anggota ASEAN bekerjasama bagi melonjakkan industri semikonduktor, termasuk mewujudkan satu ekosistem dalam rantau itu.

Beliau turut merujuk contoh bagaimana syarikat-syarikat di Singapura bertindak mengembangkan operasi ke Malaysia dengan proses ‘front-end’ berkenaan kebanyakannya dijalankan di Singapura manakala operasi pertengahan sehingga ‘back-end’ seperti pembungkusan pula bertumpu di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *