Malaysia Sebagai Rakan BRICS Buka Lebih Banyak Ruang Dari Aspek Perdagangan

763928d6d9ca47d05a6786cbb7e4a0dd671a187e5e2bb–REUTERS/Maxim Shemetov/Pool

BANGI, 24 Okt (Iteenews) — Pemilihan negara sebagai antara rakan dalam BRICSdapat membantu membuka lebih banyakruang dari aspek perdagangan antara Malaysia dan negara-negara dalam blok itu, kata Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif MalaysiaUniversiti Kebangsaan Malaysia (MINDA- UKM)Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.

Beliau berkata sebagai rakan yang diiktiraf, Malaysia akan mudah mendapatmaklumatdan perkembangan terkini mengenai negara-negara tersebut.

“Kemungkinan apabila kita menyertai kumpulan ini, pertimbangan dalam konteks (negara) membangun ituada. Apabila menyertainya (sebagai) rakan,maksudnya sebagai rakan kongsi, kita tidak terikatdengan dasar (BRICS), tetapi kita ingin tahu apa yang berlaku di sana.

“Dalam kata lain, sebagai rakan, saya pasti kita akan menunjukkan sokongan dan kemungkinan kita jugadapat tahu apa perbincangan yang terkini, apa insentif dan keistimewaan untuk perdagangan dan sebagainya,” katanya kepada pemberitaselepasSidang Media Khas Belanjawan 2025di sini hari ini.

Beliauberkata demikianketika mengulas mengenai pemilihan Malaysia sebagai rakan dalam BRICS.

Terdahulu,kemas kini oleh @BRICSInfo menerusi platform media sosial X, menunjukkanMalaysia kini diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara rakan yang ditambah secara rasmi dalam BRICS, sebuah blok yang secara kolektif menyumbang satu per lima kepada perdagangan global.

Selain Malaysia, 12 negara lain ialah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.

Pada 28 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Malaysia telah mengemukakan permohonan kepada Rusia untuk menyertai pertubuhan antara kerajaan BRICS.

Rusia kini mempengerusikan blok itu, yang turut merangkumi Brazil, India, China dan Afrika Selatan.