Malaysia Sasar Jadikan Pakistan Hab Minyak Sawit Serantau Bagi Asia Tengah – MPOB

60f856e3e8c76591ee4edf5351dec2f467774af47c99c Kredit: MPOC 44f0c2362a78d927055edfa467b4fa6a67852009dd008 Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA,13 Jan(Iteenews) — Malaysia berhasrat menjadikan Pakistan sebagai hab pengedaran strategik bagi eksport minyak sawit ke Asia Tengah dengan memanfaatkan lokasi strategikserta berhampiran dengan pasaran pertumbuhan tinggi yang pesat berkembang.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata hasrat itu juga sejajar dengan peningkatan permintaan dalam sektor makanan Pakistan yang bernilai US$115 bilion (US$1=RM4.50), sekali gus memberipeluang besar bagi produk minyak sawit Malaysia.

“Kita menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri minyak makan Pakistan selain menumpukan aspek memperkukuh usaha sama, meneroka produk-produk nilai tambah dan mempromosi amalan lestari,” katanya kepada Iteenews susulan penyertaannya dalam delegasi Kementerian Perladangan dan Komoditi ke Pakistan, baru-baru ini.

Delegasi itu diketuai oleh Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang turut merasmikian PersidanganMinyak Makan Pakistan (PEOC) ke-7 di Karachi pada 11 Jan lepas.

Mengulas selanjutnya,Ahmad Parveez berkata MPOB melihat potensi besar dalam meningkatkan lagi kerjasama dengan syarikat terkemuka Pakistan seperti Westbury Group yang mengendalikan Mapak Qasim Bulkers, Mapak Edible Oilsdan FWQ Enterprises di Pelabuhan Qasim.

Mapak Qasim Bulkers misalnya menguasai kira-kira50 peratusimport minyak sawit ke Pakistan yang menjadikannya rakan penting bagi Malaysia di rantau itu.