Economy Minister Rafizi Ramli addressing the Accelerating Net-Zero: Opportunities For Hard-To-Abate Industries in East Coast Economic Region (ECER) forum session at a hotel today.
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Iteenews)– Kerajaan akan memastikan kemajuan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) seiringan dengan sektor huluan dan hiliran bagi memenuhi keperluan industri itu, kata Menteri EkonomiRafizi Ramli.
Beliau berkata strategi kerajaan memastikanpembangunan serentak industri itu bagi membolehkan kalangan penggiat,termasuk syarikat antarabangsa melakukan persediaan serta merebut peluang yang ada diMalaysia.
Sejajar dengan usaha itu juga, katanya, kerajaan telah merancang untuk mewujudkan dua kemudahan kilang pemprosesan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
“Saya berharap rakan-rakan kita, terutama pelabur dari serata dunia, memahami bahawa inilah perancangan Malaysia. Ini kerana banyak pelaburan baharu, terutamadi sekitar kilang pemprosesan atau lebih banyak industri hiliran seperti kilang bateri dan pengeluar, mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun untuk memberi hasil.
"Sebagai contoh, jika syarikat Jepun memahami rancangan nasional ini, kerajaan Persekutuan akan berusaha untuk melaksanakannya di peringkat kerajaan-kepada-kerajaan. Saya berharap maklumat ini akan bermanfaat untuk rancangan pelaburan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang," katanya kepada pemberitadi sini, hari ini.
Terdahulu, beliau berucap pada persidangan bertemakan “Accelerating Net-zero: Opportunities for Hard-to-abate Industries in ECER” anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Rafizi berkata Malaysia pada masa ini kekurangan kepakaran teknologi untuk memproses bahan mentah REE dan perlu menarik pelaburan dari negara-negara maju seperti Jepun bagi membangunkan keupayaan itu.
Beliau berkata dasar kerajaan mengharamkan eksport REE tidak diproses juga bertujuan memastikan negara ini mendapat hasil lebih tinggi daripada bahan mentah berkenaan.
“Namun, sepertimana yang kita tegaskan, cabaran utama adalah teknologi pemprosesan yang dikuasai oleh China,” katanya.