Malaysia-Poland Perkukuh Perkongsian Ekonomi Dan Strategik

0ba37db89f463d9871cea99f054e6f6166d7559e59eeefb Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

PUTRAJAYA, 3 Sept (Iteenews) — Malaysia dan Poland bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dan menggalakkan keberdayatahanan rantaianbekalan berikutan persekitarangeostrategik yang mencabar.

Perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat dua hala antara Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Luar Poland Radoslaw Sikorski, yang dalam lawatan sehari ke Malaysia pada Selasa, 3 Sept.

"Kedua-dua pihak juga membincangkan peningkatan kerjasama perdagangan dan pelaburan, serta mengukuhkan perkongsian sedia ada dalam pertahanan, pendidikan tinggi, pertanian dan pelancongan," menurut Kementerian Luar Negeri Malaysia yang dikenali jugasebagaiWisma Putra, dalam kenyataan pada Selasa.

Ini merupakan lawatan pertama Sikorski ke Malaysia sejak pelantikannya pada Disember 2023. Beliau diiringi Timbalan Menteri Pertahanan PawelKsawery Zalewski dan Timbalan Menteri Pertanian dan KemajuanLuar Bandar MichalKolodziejczak.

Wisma Putra berkata kedua-dua pihak menggariskan komitmen bersama untuk terus mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Poland susulan Mesyuarat Konsultasi Dua Hala kedua di antarakedua-dua Kementerian Luar Negeri di Warsaw pada Jun lepas.

Menurut kementerian itu, kedua-dua menteri juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa, termasuk situasi di Timur Tengah dan konflik Rusia-Ukraine.

"Malaysia juga menzahirkan sokongan kepada permohonan Poland untuk menandatangani Triti Keamanan dan Kerjasama ASEAN (TAC),” menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, selaku Presiden Majlis Kesatuan Eropah pada penggal pertama 2025, Poland menyatakan sokongan terhadap Kepengerusian ASEAN-Malaysia pada tahun hadapan.

"Malaysia juga optimisPoland akan memainkan perananpenting dalam memperkukuh Kerjasama Strategik ASEAN-Kesatuan Eropah," menurutkenyataan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *