Kredit: X – Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR, 19 Jan(Iteenews) — Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang turut disertai Malaysia.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dalam satu sesi diatur olehStandard Chartered, Majlis Perniagaan ASEAN-UK dan Dewan Perdagangan dan Dewan Perniagaan British Malaysia baru-baru ini, beliau telah berkongsi pelbagai kelebihan Malaysia sebagai hab serantau untuk syarikat UK.
"Sehubungan itu, sayanglah kalau syarikat UK tidak memanfaatkan peluang terbentang ini untuk menerokai peluang perniagaan di Malaysia dan ASEAN," katanya menerusi satuciapan di laman X beliaupada Ahad.
Tengku Zafrul merupakan antara Menteri Kabinet yang menyertai lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama lima hari ke UK yang berakhir semalam.
Malaysia meratifikasi CPTPP pada Oktober 2024 danmenyertai Peru, Jepun, Singapura, Chile, New Zealand dan Vietnam berbuat demikian manakala UK menyertainya pada Disember lepas.
— BERNAMA