Malaysia Perlu Perkukuh Transformasi Tenaga Kerja Untuk Persiapan Masa Depan

2d77efaceb4624a4a9339390d065442465aa0d00319d1

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 25 Dis(Iteenews) –Tenaga kerja Malaysia perlu diperkukuh bagi memastikan mereka bersiap sediauntuk masa depan, terutamanya dalam sektor kecerdasan buatan (AI) dan tenaga boleh baharu (TBB), kata pengasas Learning Edge Perthpal Singh.

Learning Edge ialah organisasi latihan profesional dan korporat yang menumpukan kepada usaha membangunkan tenaga kerja Malaysia yang cekap dan bersemangat waja.

Pada masa ini, Perthpal berkata hanya 35 hingga 40 peratus organisasi Malaysia mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja mereka bagi menghadapi cabaran daripada perkembangan dalamautomasi dan teknologi baru muncul.

Menerusi satu temu bual eksklusif bersamaIteenews, beliau mengetengahkan data daripada Forum Ekonomi Dunia, yang menganggarkan 44 peratus pekerja global akan menghadapi gangguan kemahiran yang ketara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Malaysia, katanya, berisiko ketinggalan di belakang negara serantau seperti Singapura dan Vietnam sekiranyaintervensitidak dilaksanakan dengan segera.

"Jurang antarapersiapan tenaga kerja kitapada hari ini dengantuntutanindustri pada masa akan datangsemakin melebar pada kadar yang membimbangkan," katanya.

Perthpal berkata demikian sebagai merujuk kepada isu asas dalam sistem pendidikan Malaysia, apabila kurang daripada 50 peratus pelajar sekolah menengah kini mendaftar dalam aliran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) .

Daripada jumlah ini, katanya, hanya 21 peratus mengambil jurusan sains tulen, dan 27 peratus mendaftar dalam pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).