Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika berucap pada Majlis Persidangan Permulaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 2026-2030 di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
SEPANG, 5 Sept (Iteenews) –Malaysia perlu mengambil peluang dalampasaran terbuka ASEAN untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatannya serta terus menempatkan negara di kedudukan tertinggi dalam pasaran yang dijangka mempunyai satubilion pengguna itu, kata Menteri EkonomiRafizi Ramli.
Beliau berkataMalaysia telah berada di kedudukan hadapan dirantau ini dan ASEAN dijangka menjadi kuasa ekonomi keempat dunia dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
“Tempoh 10 hingga 15 tahun ini adalah pendek. Pada masa ini,ASEAN mempunyai kira-kira 700 juta penggunadan dalam tempoh tersebut, jumlah itu dijangka mencecah satubilion pengguna.
“China telah menjadi kuasa ekonomi yang besar. Begitu juga India, yang dijangka akan menjadi kuasa ekonomi dengan saiz pasaran lebih satubilion,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Permulaan Rancangan Malaysia Ke-13(RMK13) 2026-2030di sinihari ini.
Beliau berkataASEAN mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik dan konsistenserta dijangka terus tumbuh dan mempunyai pasaran pengguna melebihi satu bilion.
Dalam pada itu, Rafizi berkataramai yang menjangka ASEAN akan mengambil tempat Eropah sebagai pasaran pengguna ketiga terbesar di dunia.
“Kalau kita tengok rakan seangkatan kita dirantau ini, Malaysia sering berada di tempat kedua dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, selepas Singapura.
“Kita mempunyai keseimbangan yang sesuai, dengan pertumbuhan yang kukuh, sumber yang banyak, dan lokasi yang strategik di tengah-tengah ASEAN. Potensinya sangat besar.
“Pada dasarnya, itulah masa depan yang kita mahu lakarkan. Oleh itu, RMK-13 menjadi dokumen perancangan yang sangat penting, mengambil kira trajektori itu,” katanya.