Malaysia Perkukuh Kedudukan Sebagai Pusat Perdagangan, Kewangan, Teknologi Berdaya Saing – PM Anwar

a9ad90ed745a5d6fcacbcf4c33d3566867d44af04e68a

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Iteenews) — Malaysia akan memperkukuhkedudukannya sebagai pusat perdagangan, kewangandan teknologi yang berdaya saing dalam keadaanperubahan global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam komentarbertajuk "The Global South's Path to Resilience Economic" yang diterbitkan oleh Projek Syndicate, beliau berkata walaupun Daron Acemoglu, Simon Johnsondan James A. Robinson yang memenangi Hadiah Nobel menekankan mengenaiinstitusi dan tadbir urus dengan menonjolkan ketidaksamaan sistemik, negara harus mengelakkan daripada mengambil mudahmengenai aspek kompleks berkaitan dinamik kuasa global.

"Cabaran yang kita hadapi hari ini bukan sahaja daripada penjajah sejarah malah pelbagai pelaku globaltermasuk syarikat, individudan entiti bukan negara yang seringkali tidak menghiraukan undang-undang dan norma," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Beliau mengulangi pendirian bahawa Malaysia juga akan mengekalkan hubungan terbuka dan pragmatik dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, berasaskan saling hormat menghormatidan kepentingan bersama.

"Sekiranyapersaingan antara Sino-Amerika menjadi seperti permainan zero-sum (kejayaan satu pihak hanya boleh dicapai dengan mengorbankan pihak lain),oleh itutidak akan ada pemenang.

“Sehubunganitu, mengekalkan hubungan kukuh dengan kedua-dua kuasa berkenaan bukan sahaja mengenai aspek pragmatismeekonomi. Ia adalah keperluan strategik untuk melindungi kepentingan negara dan memastikan kemakmuran dalam dunia yang semakin tidak menentu.

“Dengan memupuk hubungan yang seimbang dan membina bersama-samaChina dan AS, Malaysia berhasrat untuk membangunkan asas ekonomi yang pelbagai, mengurangkan banyak bergantungkepada mana-mana negara atau blok tunggal, dan memperteguh kedudukansebagai ekonomi berdaya tahan, terbukadan berdaya saing," kata Anwar.

Beliau berkata komitmen terhadap inklusifdan kemampanan terletak pada teras agenda pembangunan Malaysia, membolehkan negara ini bertahan daripada tekanan yang berterusan dalam persaingan global dan tuntutan yang kadangkala tidak mahu berkompromi daripada negara-negara paling berkuasa di dunia.

Anwar menekankanbahawa Kerangka Ekonomi MADANI yang diperkenalkan pada 2023,mempunyai dua matlamat utama iaitu "menaikkan siling" menerusi pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan "menaikkan lantai" dengan memastikan kemakmuran dikongsi semua.