CYBERJAYA, 15 Jan(Iteenews) — Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula denganmemudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaianinovatif yang lebih komersial melalui inisiatif sepertiPelan Hala Tuju Ekosistem Startup (SUPER) 2021-2030 dan platform MyStartup.
Menteri Sains, Teknologi dan InovasiChang Lih Kang berkata kementeriannya teruskomited dalam mewujudkan pesekitaran yang menyokong kepada inovasi dan keusahawanan.
Beliau berkata Cyberjaya, yang menjadihab teknologi global Malaysia dan berfungsi sebagai 'sandbox', memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat tersebut, denganinisiatifCyberview Living Lab Accelerator (CLLA) menjadi contoh terbaik yangmerapat jurang antara inovasi dan kesan ke atas seluruh rantaian nilai.
“Sejak penubuhannya pada2013, CLLA telah memainkan peranan dalam memperkasa lebih 129 syarikat pemula, meraihlebih RM263 juta dalam bentuk pelaburan dan menjanapendapatan RM837 jutayang memberangsangkan,” katanya.
Chang berkata demikian diHari Demo CLLA Kohort ke-19 dan sambutan ulang tahun ke-10 program berkenaan di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Cyberview Sdn BhdDatuk Romli lshak dan Ketua Pegawai EksekutifnyaKamarul Ariffin Abdul Samad.
Chang berkata Cyberview, sebagaipemaju hab teknologi dan pembina ekosistem Cyberjaya, sentiasa membuka jalan bagi inisiatif rintis seperti yang dilakukanoleh CLLA, yang menjadi satu daripada program pemacu terawal di Malaysia.
“Inovasi adalah asas kepada kemajuan dan syarikat pemula menjadi nadi kepada ekonomi yangberkembang pesat. Malaysia telah mencapai kemajuan dalam menjadikan negari ini sebagaihab bagi inovasi dan keusahawanan, dan program seperti CLLA memainkan peranan penting dalam mencapai misi tersebut.
“Melalui penyediaan sumber, panduan dan rangkaian yang diperlukan syarikat pemula untuk berkembang, kita telah meletakkanasas ekonomiyang berdaya tahan dan berasaskan teknologi,” katanya.
Chang berkata CLLA melengkapkan usahawan dengan sumber kritikal seperti modal insan, pembiayaan, bimbingan, infrastruktur dan akses pasaran bagi memastikan mereka bersedia untuk berjaya dalam landskap yang semakin kompetatif.