Malaysia Konsisten Pastikan Kelestarian Alam Sekitar Dalam Pengeluaran Minyak Sawit – KPK

a22b72f0bbf1d063eec26b8611f7851f5e42542aecbb0

Daripada Siti Noor Afera Abu

ROTTERDAM, 10 Sept (Iteenews) — Malaysia secara konsisten melaksanakan langkah proaktif untuk memastikan kelestarian alam sekitar industri minyak sawit dapat memenuhi piawaian dan peraturan pembasmian hutan Eropah, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Bagaimanapun beliau juga bimbang sekiranya sektor minyak sawit Malaysia masih terkesan dengan Peraturan Pembasmian Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang berpotensi menjejaskan reputasi walaupun Malaysia mengenakan piawaian alam sekitar yang ketat.

Beliau berkata perkara itu boleh menyebabkan eksport ke Kesatuan Eropah (EU), sebagai pasaran utama minyak sawit, mengalami penurunan.

Malaysia sentiasa menyokong amalan perdagangan saksama di samping komited dalam memastikan pengeluaran minyak sawit tidak menjejaskan alam sekitar, katanyaketika berucap pada Persidangan Minyak Sayuran Mampan kali ketiga anjuran Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) di sini, pada Selasa.

Yusran Shah berkata di sebalik usaha itu, ada beberapa cabaran yang timbul daripada peraturan alam sekitar baharu.

Beliau berkata Malaysia dan EU telah bekerjasama dalam kempen sokongan awam untuk membentuk pendapat dan dasar.

“Walaupun kumpulan alam sekitar Eropah mendesak supaya peraturan yang lebih ketat dikenakan namun, Malaysia telah menguar-uarkanusaha kemampanannya untuk membidas persepsi negatif,” katanya.

Beliau berkata isu utama bukanlah mengenai cara Malaysia boleh menggantikan minyak sawit yang dianggap secara meluas sebagai minyak sayuran paling efisien, tetapi keutamaan adalah memenuhi permintaan yang semakin meningkat dengan kaedah yang cekap, menguntungkan dari segi ekonomi dan mampan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *