Malaysia Jangka Pertumbuhan Perdagangan Dengan India Meningkat Susulan Lawatan PM Anwar Ke India

3666030dc3a5c7144aef226b90f2faa966c6030d98839 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media kepada wakil media Malaysia di akhir lawatan beliau ke di India di sini hari ini.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA 6cd5fb076057ff6087cf07ebf177adbd66c61081cd525 Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang media selepas mengiringi lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selama tiga hari ke India.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

DaripadaV. Sankara

NEW DELHI, 21 Ogos (Iteenews) — Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangkakan pertumbuhan perdagangan dengan India meningkat pada 2024 berikutan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata banyak cadangan telah dibincangkan dalam lawatan itu, dengan Perdana Menteri memberi tempoh tiga bulan kepada kementerian untuk mengemukakan rancangan yang jelas bagi kerjasama dengan India dalam sektor perdagangan dan pelaburan.

Beliau berkata daripada perspektif MITI, lawatan itu membuahkan hasil, yang menyaksikan pertemuan dua hala antara Anwar dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi.

Tengku Zafrul yang mengiringi lawatan Perdana Menterike India berkata kedua-dua pemimpin bersetuju untuk menambah baik perjanjian sedia ada, terutama dalam konteks kerjasama menyeluruh antara Malaysia dan India.

“Kerjasama ini meliputi pelbagai sektor termasuk pelaburan, perdagangan, pembuatan, semikonduktor, ekonomi digital dan keselamatan makanan,” katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.

Dalam sidang media bersama semalam, Anwar dan Modi mengumumkan persetujuan Malaysia dan India untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara daripada Perkongsian Strategik Dipertingkat kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.

Nilai perdagangan antara Malaysia dan India pada 2023 berjumlah RM72.31 bilion.

Mengulas pengumuman Anwar hari ini mengenai komitmen pelaburan berjumlah RM4.5 bilion yang diraih daripada pelbagai sektor dan syarikat di India, Tengku Zafrul berkata tiga syarikat India komited untuk melabur sebanyak RM4.5 bilion di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *