Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan
Daripada Muhammad Faiz Baharin
TEHRAN, 27 Feb (Iteenews) — Malaysia dan Iran senada dalam memperjuangkan isu kemanusiaan melibatkan keganasan Israel terhadapPalestin, Lubnan dan Syria, kataMenteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata perkara itu antara yang dibincangkan sewaktumengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden IranDrMasoud Pezeshkian di pejabatnya di sini yang berlangsung kira-kira 30 minitpada Rabu.
“Dalam kunjungan hormat itu, kita nyatakan bukan sahajahubungan pelbagai halamalah kita bersama dalamusaha menentang keras sebarang bentuk keganasan,baik di Palestin, Lubnan mahupun Syria, terutama cadangan Israel dan pihak lain untuk memindahkanrakyat Palestin keluar dari Gaza.
“Kita tunggu apa akan diputuskan pada Sidang Kemuncak TergemparArab pada Selasa ini, untuk kita bawa dalam mesyuarat peringkat Menteri Luar OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam)7 Mac nanti,” katanya kepada Iteenews selepas mengadakan pertemuan bersama warga Kedutaan Malaysia di Iran sebelum mengakhiri lawatan rasmi sulungnya ke negara itu hari ini.
Anadolu Ajansı (AA) sebelum ini melaporkan Mesirmengesahkan akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak TergemparArab pada 4 Mac bagi membincangkan pelan pemulihan Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.
Sidang kemuncak itudiadakan susulan cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trumpuntuk mengambil alih Gaza dan memindahkan penduduk Palestin kewilayah lain, dengan menyatakan hasrat membangunkannya sebagai “Riviera Timur Tengah.
Pada 16 Feb lepas, media melaporkanPresiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mengesahkan negaranya sedang merangka pelan pemulihan Gaza secara menyeluruh tanpa memindahkan rakyat Palestin.
Mengulas lanjut isu berkenaan, Mohamad berkata perkembangan di Timur Tengah amat penting dan Malaysia juga bimbang dengan keadaan di kawasan terjejas.