Malaysia, Indonesia Tingkat Eksport Halal Seiring Pertumbuhan Perdagangan Dua Hala

03e7f254d0f8225c6a92ac3e01e9d9a5674edef01ad57 c4da0beefd108068bf8fa426e5676f3e674edee1d37f7 526999115a73b7a76b374559d864c851674eded118fd1

JAKARTA, 3 Dis (Iteenews) — Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia bersama agensi-agensi utama kerajaan berusaha memperkukuh eksport produk halal ke Indonesiadengan perdagangan dua hala di antara kedua-dua negara dijangka mencecah US$25 bilion (US$1=RM4.45) hingga US$26 bilion tahun ini.

Berucap padaSeminar Celik Kastam Siri 2/2024 di kompleks kedutaan itu pada Selasa, Duta Besar Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin berkata jumlah perdagangan di antara kedua-dua negara adalah sebanyak US$18.89 billion dari Januari hingga September 2024.

Beliau juga menekankan kepentingan mengenai prosedur bagi permohonan Badan Pengawas Ubat dan Makanan (BPOM) Indonesia dan keperluan pensijilan halal daripadaBadan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Indonesia, sekali gus meningkatkan jumlah perdagangan di antara kedua-duanegara.

“Seminar ini dapat memastikan pematuhan terhadap peraturan Indonesia meliputi makanan, minuman, kosmetik, ubat-ubatan, kosmetik dan barang keperluan lain yang dimasukkan atau diedarkan mempunyai sijil halal,” kata Syed Md Hasrin.

Beliau menyarankan supaya syarikat Malaysia memanfaatkan sokongan kedutaan bagi memenuhi keperluan peraturan dan merebut peluang pasaran di republik berkenaan.

Indonesia berada di kedudukan ketujuh dengan jumlah pembeli produk halal terbesar di dunia, berdasarkan laporan platform e-dagang Alibaba.com bersama PerbadananPembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada 2023.

“Indonesia menduduki tempat teratas di rantau Asia Tenggara. Negara-negara yang menduduki tempat pertama hingga keenam adalah Amerika Syarikat, Pakistan, Bangladesh, Mesir, United Kingdomdan Arab Saudi,”jelasnya.

Beliau percaya kerjasama erat di antara agensi Malaysia seperti MATRADE, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysiadengan BPOM dan BPJPH Indonesia bakal mempermudah proses pensijilan bagi perniagaan Malaysia.

— BERNAMA