Malaysia, GSMA Teroka Kerjasama Lebih Kukuh Dalam Telekomunikasi Di MWC Barcelona 2025

b06d2ffb8c0a238526829cfa266d4c7467c99bd4bfba3 88e9b9c32d30d5328198b02daf6d95bd67c99b6f32ea1 e70dc2b269d1ab3d058e754483015d4567c99bf2dde7a

Daripada Zairina Zainudin

BARCELONA (Sepanyol), 6 Mac(Iteenews) –Malaysiamengesahkan semulakomitmen untuk mengeratkan lagihubungan dengan Global System for Mobile Communications (GSMA),meneroka cara untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor telekomunikasi.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata mesyuarat dua hala yang diadakan dengan GSMA di luar acaraMobile World Congress(MWC) Barcelona 2025 di sini menumpukan kepada memperluas kerjasama antara Malaysia dan organisasi global itu.

“GSMA juga mengiktiraf kehadiran berterusanPavilion Malaysiadi MWC Barcelona selama dua tahun berturut-turut, membuktikan komitmen teguh kita untuk menyokong pertumbuhan industri telekomunikasi di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya menerusi catatan media sosial terbarunya.

Beliau, yang sedang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sepanyol,berkata mesyuarat itu turut merangkumi isu mendesak berkaitan kepercayaan digitaltermasuk ancaman penipuan dan aktiviti siber berniat jahat lain yang semakin meningkat.

Kedua-dua pihak menekankan perlunya pendekatan kolaboratif untuk mengatasi cabaran itudengan berkesan, katanya.

“Kita menekankan kepentingan tanggungjawab bersama di samping kerjasama dalam mengatasi cabaran ini dan memastikan masa depan digital yang terjamin untuk semua.

“Saya mengharapkan perkembangan berterusan daripadaperkongsian ini dan impak positifnya kepada landskap telekomunikasi global," katanya.

GSMA ialah tuan rumahMWC Barcelona 2025 –acara industri mudah alih terbesar dunia, menghimpunkan peserta utama dalam telekomunikasi untuk mempamerkan inovasi, membincangkan trendindustri dan menggalakkan perkongsian global.