Malaysia, Gerbang Utama Eksport Taiwan Ke Negara Asia

19900b36da9d78e3bb1dc6c274eae0c2670fc5b259512 Timbalan Datuk Bandar Kaohsiung, Charles Lin 7ac09c1d1f801cd9122830371ec33fc7670fc56bdcc32 07f626d45b61ba0b8c3c50aa0d4c4646670fc5d316bf6

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Iteenews) –Malaysia berfungsi sebagai pintu masuk utama untuk eksport Taiwan ke negara-negara Asia memandangkan wujud banyak persamaan dalam perjalanan pembangunan mereka, kata Timbalan Datuk Bandar Kaohsiung, Charles Lin.

Malaysia dan Taiwan berkongsi matlamat yang sama dalam industri semikonduktor, pembangunan pemula niaga,ekosistem serta visi mereka untuk perbandaran pintar.

“Keutamaan kerajaan bandar kami adalah untuk memberisubsidi kepada enam syarikat yang kami bawa ke Konvensyen Bandar Pintar &Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2024 dalam membantu mereka meneroka peluang perniagaan di luar negara.

“Penyelidikan kami menunjukkan bahawa Malaysia adalah pilihan utama Taiwan untuk mula mengeksport ke negara Asia berdasarkan kesamaan perjalanan pembangunan kami.

“Kedua-dua negara berada di rantau yang sama dan memberi tumpuan kepada industri semikonduktor selain berusaha memupuk ekosistem pemula niaga,kami jugaberkongsi visi untuk bandar pintar,” katanya kepada Iteenews.

Ketika beberapa negara lain di Asia sedang membincangkan bandar pintar, Malaysia sudah pun mendahului mereka dalam transformasi digital, katanya.

“Kami mengutamakan transformasi digital, di samping dwi peralihan digital dan karbon, yang melibatkan kemajuan teknologi yang ketara. Peralihan ini bukan sahaja penting malah akan membawa manfaat bersama untuk setiap matlamat,” tambahnya.

Lin mengetuai delegasi dari pengangkutan pintar, penjagaan kesihatan pintar termasuk syarikat pemula niaga dari Taiwan Startup Terrace untuk menyertai SDEC 2024, yang diadakan di sini mulai 16-19 Okt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *