Nga Kor Ming
KUALA LUMPUR, 10 Sept(Iteenews) –Malaysia berada di landasan untuk munculsebagai ‘Harimau Asia’dengan lima kelebihan unik bagimenarik pelaburan asing, kataMenteri Perumahan dan Kerajaan TempatanNga Kor Ming.
Beliau berkata aspek kestabilan politik Malaysia adalah teras bagi menarik pelaburan dankerajaan MADANI telah memberipanduan jelas melalui beberapa pelan tindakan strategik seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Baharu (NETR).
Kesemua perancangan utama itu jugamula memberi hasil dengan ekonomi negaranegara berada di landasan sewajarnya, termasukpertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengatasi jangkaan sejak dua suku lepas.
Perkembangan itu, katanya, menyebabkan institusi kewangan antarabangsa bertindak meningkatkan penarafan untuk pasaran Malaysia yang membolehkan negara ini menjadi destinasi pelaburan asing yang menarik.
“Di samping itu,kepelbagaian budaya Malaysia pula memudahkan integrasi pelabur asing dengan kekanganbahasa yang minimum.
“Kewujudan sekolah antarabangsa berkualiti tinggi juga membolehkan pelabur membawa keluarga berpindah dan mempunyairumah kedua di sini," katanya ketikaberucap pada acara Konvensyen Usahawan Cina Sedunia (WCEC) ke-17 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)di sini, hari ini.
Pada masa sama, Nga turut menekankan kepentingan melindungi kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di tengah-tengah aliran masuk pelaburan asing itu.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar syarikat-syarikat asing ini tidak membawa masuk industri yang tidak diperlukan ke Malaysia.
“Apabila syarikat China melabur di Malaysia misalnya, mereka perlu menggaji50 peratus pekerja tempatan dan membenarkan 50 peratus kepentingan ekuiti dipegang oleh perniagaan tempatan.